Tuesday 21 February 2017

SIAPA DIRI SAYA

Hai semua, salam perkenalan dari saya. Saya pemilik blog ibuanak6. Nama saya Lydia Bungkak, berasal dari Penampang, Sabah. Umur 34 tahun dan sudah berkahwin dengan memiliki 6 orang cahaya mata yang ceria & cergas. Saya juga berkerja sebagai penjawat awam dan suami saya juga bekerja sebagai penjawat awam.

Saya mempunyai 5 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak sulung berumur 12 tahun, kedua berumur 9 tahun, ketiga berumur 8 tahun, keempat berumur 6 tahun, kelima berumur 5 tahun dan yang bongsu berumur 1 tahun lebih. 

Cabaran sebagai ibu 6 anak ini memang besar tapi saya juga berasa seronok dalam membesarkan mereka. Setiap seorang daripada mereka mempunyai bakat dan minat masing-masing. Mereka jugalah tempat saya menghilangkan rasa tekanan dari dunia sekeliling  saya ini. Saya jadikan mereka sebagai sahabat saya di masa suka dan  duka.



Tujuan saya hasilkan blog ini adalah kerana saya inign berkongsi tips, cerita atau maklumat yang saya rasa patut dikongsikan. Salah satunya adalah tentang penjagaan anak ekzema dan penjagaan anak sepanjang berada di hospital mengikut pengalaman saya sendiri.

Ketika anak saya ekzema, saya mencari krim yang sesuai untuk anak saya. Saya mencari krim yang tiada pewangi dan saya menjumpai krim Herbal Blend Shaklee. Dan dalam masa yang sama kawan saya iaitu Puan Ereena yang juga merupakan Pengedar Shaklee yang aktif memberi saya Alfalfa kerana saya mengalami masalah alergik yang teruk di tangan hingga bahagian ketiak saya sakit

Hari pertama menggunakan Alfalfa alergik di tangan saya kering dan ketiak makin kurang sakit. Dan apa yang saya perasan juga, masalah keputihan saya semakin kurang. Dan saya juga mendapat tahu tentang kewujudan Landmark study, kajian yang dijalankan bagi mengesahkan keberkesanan penggunaan produk Shaklee dalam jangka masa panjang. Dan kerana itu juga saya terus sign up menjadi ahli Shaklee.

Dengan izin tuhan, saya harapkan perkongsian saya diblog ini akan membantu ibu-ibu yang mengalami masalah seperti saya juga dan selamat membaca.

1 comment: