Sunday 26 February 2017

PENGALAMAN MENJAGA ANAK EKZEMA PART 2


Hi salam semua sahabat positif saya. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan yang sihat dan dalam perlindungan Tuhan. Kalau belum telan supplement cepat-cepat telan sekarang. Eh jangan lupa supplement untuk anak-anak juga tau. Merekalah anugerah terindah untuk kita.

Ok, hari ni saya mahu sambung cerita pengalaman menjaga anak ekzema part 2. Hah kali ni saya mau kongsikan bagaimana menjaga anak ekzema seperti yang disarankan oleh doktor. Sepanjang cuti rehat 5 hari, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk redahkan kulit anak saya tu. Biar penat saya tetap gagahi juga demi anak saya tu. 

Apa yang saya mahu peringatkan disini kita sebagai ibu bapa kena cepat-cepat bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Jangan terlebih pandai pula tau nanti yang sengsara anak sendiri. Perubatan doktor ni jangan dilupakan sebab mereka kan doktor hehe. Selepas jumpa doktor, ikut arahan doktor selepas sembuh barulah kita ikthiarkan untuk yang lainkan.

Cara-cara menjaga anak ekzema :

1. Sapu lotion Bvc(steroid) tapi pastikan arahan dari doktor tau jangan suka-suka sapu, dan sapu nipis sahaja di bahagian merah sahaja. 1 hari 2 kali sahaja.

2. Selepas Bvc barulah sapu dengan lotion pelembab yang disarankan doktor juga. Yang ni boleh sapu tebal-tebal diseluruh badan anak tu. Sapu kerap kali pun boleh supaya kulit anak tu tidak kering, kalau kering akan gatal dan lambat baik. Jadi sapu setiap kali nampak kulit mula kering.

3. Sabun mandian pakai sabun yang extra pelembab, jangan pakai sabun yang mengandungi alcohol seperti Parfum / frangrance. Boleh cari di mana-mana farmasi yang berdekatan anda.

4. Kena pantau juga alahan anak ya. 

Ikut sahaja langkah-langkah diatas. Ibu bapa kena rajin sapu lotion pelembab tu, sampailah badan anak tu baik. Saya kongsikan foto anak saya yang semakin teruk sebelum berjumpa doktor yang ke 3. 



Ekzema seluruh badan
Ekzema sampai ke muka

Ekzema seluruh badan



Kurang merah dan semakin sembuh 


Kurang merah dan semakin sembuh


Sabun yang saya beli di farmasi khas untuk kulit sensitif

Lotion pelembab dan BVC yang saya gunakan sepanjang rawatan kulit anak saya
Sihat sempurna sudah kulit anak saya selepas 2 minggu 

Sampai berjumpa lagi di entri akan datang.




3 comments:

  1. Dui ba.. Kasiahn si William.. Moga kulit dia jadi lebih sihat lpas ni

    ReplyDelete
  2. Saya pun sedang gunakn xorquas

    ReplyDelete
  3. Baccarat Rules and Basic Rules | FBCasino.com
    In most casinos, the players have four choices, all in 바카라 사이트 the order of doubling the winnings, which is a wager on 카지노사이트 the player's first deposit and 제왕 카지노 then

    ReplyDelete